PROGRAM KURIKULUM

TAHUN 2026

SABAH BERGEMA DI PENTAS KEBANGSAAN

SMAN Keningau berjaya mengukir pencapaian membanggakan apabila mewakili Negeri Sabah dalam acara Kalam Jamaie dan meraih Naib Johan Kebangsaan. Satu kejayaan yang membuktikan bahawa bakat, ketekunan dan semangat anak-anak Sabah mampu berdiri megah sebaris dengan yang terbaik di Negara ini.

JUARA MIISMAN 2026 - NASYID

Nasyid telah dianjurkan bagi mencungkil bakat dan kreativiti pelajar dalam seni suara berunsurkan dakwah. Program ini bertujuan memupuk semangat kerjasama, meningkatkan keyakinan diri serta menyemai kecintaan terhadap seni Islam yang mendidik dan berakhlak. Credit untuk Jurulatih Ust Safizuwan, Ust Fadli , Ust Hanan dan Ust Muhammad Azree Rojiman dan Ust Afif. 

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SUBJEK PERNIAGAAN TINGKATAN 5

Membina strategi, menguasai teknik, dan meningkatkan keyakinan dalam menjawab soalan SPM. Semoga ilmu yang diperoleh menjadi pemangkin kejayaan buat semua calon spm 2026.

PROG. REKA BENTUK TEKNOLOGI PERINGKAT SMAN KENINGAU

Program Reka Bentuk Teknologi Peringkat Sekolah merupakan satu program yang dianjurkan bagi menggalakkan murid mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan kreativiti dalam menghasilkan reka bentuk serta inovasi yang berfungsi.

SISTEM MAKLUMAT BERSEPADU

Penghargaan diberikan kepada Cikgu Nazri dari SMAN TohPuan atas pekongsian dan latihan aplikasi bermaklumat bagi menaiktaraf sistem SMAN Keningau. Saluran maklumat kini boleh di gunapakai .Kemaskini oleh Penolong Kanan Kurikulum

MIISMAN 2026

MIISMAN telah disertai dengan penuh semangat oleh para pelajar sebagai platform untuk mengembangkan bakat, meningkatkan kemahiran serta memupuk semangat kerjasama dan daya saing. Penyertaan dalam program ini turut memberi peluang kepada pelajar menimba pengalaman baharu, membina keyakinan diri dan mengharumkan nama sekolah.

WAKIL FORUM KE PERINGKAT KEBANGSAAN

Turut diberikan penghargaan yang tidak terhingga kepada pasukan Forum SMAN Keningau yang telah diberi kepercayaan mewakili Negeri Sabah di Peringkat Kebangsaan. Walaupun rezeki belum berpihak untuk membawa kemenangan, kesungguhan sepanjang latihan serta semangat juang yang dipamerkan merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan.

JUARA MIISMAN 2026 - FORUM

Forum telah dianjurkan sebagai platform perkongsian ilmu dan percambahan idea dalam kalangan warga sekolah. Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, memupuk pemikiran kritis serta memberi pendedahan kepada para pelajar terhadap isu-isu semasa dan nilai-nilai murni yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

JUARA MIISMAN 2026 - KALAM JAMAIE

Kalam Jamaie telah dilaksanakan bagi membudayakan amalan berzikir, berdoa dan memperkukuh penghayatan nilai-nilai Islam dalam kalangan warga sekolah. Program ini bertujuan menyemai semangat kebersamaan, meningkatkan sahsiah diri serta membentuk pelajar yang berakhlak mulia dan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT. Credit jurulatih Ustz Noor Amirah.

PROG. PEMANTAPAN ILMU PELAJAR SPM DAN SMU SMAN KENINGAU

Program Pemantapan Ilmu Pelajar SPM dan SMU SMAN Keningau merupakan satu inisiatif yang dilaksanakan bagi membantu pelajar meningkatkan penguasaan akademik serta membuat persediaan yang lebih mantap menghadapi peperiksaan

TAHNIAH - PELAJAR TERBAIK SMU 2025

MUHAMMAD SYAHMUKRIZ BIN JOLODY– Keputusan Peperiksaan Sekolah Menengah Ugama (SMU) tahun ini mencatatkan pencapaian yang sangat memberangsangkan hasil usaha gigih para pelajar, dedikasi para guru serta sokongan padu daripada ibu bapa. Kejayaan ini membuktikan komitmen seluruh warga sekolah dalam membudayakan kecemerlangan akademik. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.