PROGRAM KOKURIKULUM

TAHUN 2026

𝐊𝐄𝐒𝐒𝐔𝐌𝐀 SABAH 𝟐𝟎𝟐𝟔 🏅

Alhamdulillah, SMAN Keningau berjaya menamatkan saingan di kedudukan ke-5 keseluruhan dengan kutipan 5 pingat emas 🥇, 11 pingat perak 🥈 dan 12 pingat gangsa 🥉 (28 pingat, 49 mata).

Tahniah dan syabas kepada semua atlet, jurulatih, pengurus pasukan serta warga sekolah atas usaha, komitmen dan semangat juang yang dipamerkan sepanjang kejohanan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar pencapaian yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

Tahniah SMAN Keningau! dan seluruh SMAN SABAH💙💛

OLAHRAGAWATI KESSUMA 2026

KESSUMA 2026

Tahniah kepada Nur Hafeezzah Qaierra binti Mohammad Hafiz dengan pencapaian Olahragawati KESSUMA 2026 .Terima kasih telah  mengharumkan nama sekolah.

#KESSUMA2026 #SMANKeningau
#smansabah

KESSUMA 2026

KESSUMA Sabah 2026

Tahniah kepada semua atlet dan kontinjen atas semangat juang yang dipamerkan. Semoga terus cemerlang di gelanggang dan mengharumkan nama sekolah.

#KESSUMA2026 #SMANKeningau
#smansabah

PERGERAKAN KESSUMA 2026

Latihan sukan yang konsisten adalah kunci utama kejayaan di peringkat negeri. Ia membina daya tahan kardiovaskular, meningkatkan kemahiran teknikal dan taktikal, serta memupuk kekuatan mental untuk bersaing dengan atlet terbaik dari seluruh pelusuk negeri.