Laman Utama

Jun 27, 2026

JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SABAH (JHEAINS) PENDIDIKAN

Latar Belakang

Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Keningau merupakan sekolah menengah agama di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Sabah JHEAINS. Tugas JHEAINS ialah melaksanakan penguatkuasaan Dasar Pendidikan berpandukan Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1991 (En.7/91) Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). JHEAINS merupakan jabatan di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah.

INFO SMAN KENINGAU

SPM BERTUTUR 1/10/2026

Day(s)

:

Hour(s)

:

Minute(s)

:

Second(s)

SPM BERTULIS 16/11/2026

Day(s)

:

Hour(s)

:

Minute(s)

:

Second(s)

SMU LISAN 14/9/2026

Day(s)

:

Hour(s)

:

Minute(s)

:

Second(s)

SMU BERTULIS 13/10/2026

Day(s)

:

Hour(s)

:

Minute(s)

:

Second(s)

SMU/SPM PERCUBAAN 17/08/26

Day(s)

:

Hour(s)

:

Minute(s)

:

Second(s)

IKS 11/08/2026

Day(s)

:

Hour(s)

:

Minute(s)

:

Second(s)

Tarikh adalah jangkaan yang dianggarkan, tarikh rasmi akan di kemas kini mengikut makluman dari semasa ke semasa.

Dengan penuh kesyukuran ke hadrat Ilahi, program Gerak Gempur Kelas Kecemerlangan SMU dan SPM 2026 telah melabuhkan tirai pada 11 Ogos 2026 (Selasa) di SMAN Keningau. Program ini telah menghimpunkan para pejuang akademik yang komited untuk menghadapi cabaran peperiksaan akhir tahun dengan semangat yang tinggi dan persiapan yang mantap.

Seperti yang menjadi tema program, ‘Bukan semua pejuang menang tanpa luka. Tetapi semua yang berjaya… pernah memilih untuk tidak menyerah.’ — setiap peserta diingatkan bahawa kejayaan tidak datang tanpa pengorbanan, dan setiap dugaan yang dihadapi adalah sebahagian daripada proses pembentukan diri menuju kecemerlangan.

Semoga ilmu, motivasi, dan semangat yang telah dipupuk sepanjang program ini terus menjadi panduan dan pendorong hingga ke hari peperiksaan. Dari SMAN Keningau, lahirnya barisan pejuang yang tidak gentar dengan cabaran, tidak mudah mengalah dengan kegagalan, dan sentiasa percaya bahawa usaha tidak akan pernah mengkhianati hasil.

Dengan penuh kesyukuran ke hadrat Ilahi, Majlis Ihtifal Kecemerlangan Sekolah (IKS) SMAN Keningau 2026 telah melabuhkan tirai pada 12 Ogos 2026 (Selasa) di SMAN Keningau. Majlis ini telah menjadi platform untuk mengiktiraf dan menghargai pencapaian cemerlang pelajar dalam bidang akademik, kokurikulum, dan sahsiah sepanjang tahun 2026.

Bertemakan ‘Kecemerlangan Hari Ini, Legasi Masa Depan’, majlis ini mengingatkan kita semua bahawa setiap kejayaan yang dikecapi pada hari ini bukan sekadar satu pencapaian individu, tetapi satu warisan yang akan membentuk masa depan sekolah, komuniti, dan negara.

Semoga pengiktirafan yang telah diterima menjadi pendorong untuk terus cemerlang, dan menjadi inspirasi kepada generasi akan datang agar terus berusaha mengejar kecemerlangan dalam setiap bidang yang diceburi. Dari SMAN Keningau, lahirnya barisan pemimpin masa depan yang tidak hanya cemerlang dalam akademik, tetapi juga unggul dalam sahsiah dan komitmen terhadap masyarakat.

Infak Surau Al- Abrar SMAN Keningau

Jom sama-sama kita infaq untuk keselesaan dan kemakmuran surau kita. Setiap sumbangan, walau sedikit, sangat bernilai di sisi Allah

IHTIFAL KECEMERLANGAN SEKOLAH (IKS) 2026

IHTIFAL KECEMERLANGAN SEKOLAH (IKS) ialah acara rasmi yang dianjurkan oleh SMAN Keningau setiap tahun untuk menghargai pencapaian cemerlang murid dalam bidang akademik, kokurikulum, dan sahsiah. Ia berfungsi sebagai platform pengiktirafan dan pembakar semangat untuk memotivasikan pelajar agar terus bersaing serta berjaya pada masa akan datang. Anugerah memberi tumpuan kepada Anugerah Pelajar SPM dan SMU. IKS di jadualkan pada tarikh 11 Ogos 2026.

KESSUMA 2026

Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Menengah Agama Negeri Sabah (KESUMA) adalah di bawah kendalian Bahagian Pendidikan JHEAINS. Program ini diadakan seiring dengan takwim sukan Majlis Sukan Sekolah (MSSS) negeri Sabah. Program KESSUMA 9 julai sehingga 15 Julai 2026 dan Sekolah Menengah Agama Negeri Islamiah Papar memegang pundak sebagai tuan rumah temasya 2026. SMAN Keningau berjaya merangkul tempat ke 5 dan mendapat 5 Emas dalam 1 acara gelangang dan 4 acara balapan. Tahniah Di ucapkan kepada semua pelajar.

MIISMAN 2026

MAJLIS IHTIFAL SEKOLAH AGAMA MENENGAH NEGERI (MIISMAN) Peringkat Negeri Sabah 2026 yang mana SMAN Keningau berjaya merangkul 3 Kejuaraan pertandingan berkumpulan iaitu Kalam Jamaei, Forum dan Nasyid. Semoga berjaya diucapakan pada peringkat MIISMAM.

IKON AKADEMIK PENGGAL PERTAMA 2026

MUHAMMAD SHAHMUKRIZ BIN JOLODY

Kejayaan dan perkembangan murid dari segi pelajaran, pencapaian mata pelajaran, dan prestasi pembelajaran. Pencapaian SMU 2025 Mumtaz, MIISMAN 2026 Juara Forum, MSSMAN 2024 Juara Takraw, Tempat pertama tahunan kedudukan dalam kelas.

IKON PENGLIBATAN DAN SAHSIAH PENGGAL PERTAMA 2026

MUHD RAYYAN MIKAIL BIN BACHO RAPPE

Penyertaan murid dalam aktiviti sekolah serta pembentukan akhlak, disiplin, dan tingkah laku yang baik. Pencapaian MIISMAN 2026 Juara Nasyid, Membantu guru dan mengawal selia pelajar, menjadi contoh yang baik dari segi kekemasan berpakaian. Aktif mewakili sekolah dalam pelbagai acara sukan peringkat MSSMAN.

PANORAMA SMAN KENINGAU

SMAN KENINGAU HIGHLIGHT

Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Negeri (MIISMAN) Peringkat Negeri Sabah 2026 telah dianjurkan di Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Keningau dari 19 Mei hingga 21 Mei 2026.

Tempat tuan rumah: Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Keningau, Sabah.

Johan keseluruhan: SMAN Toh Puan Hajjah Rahmah.

Tujuan acara: Menjadi platform utama untuk mempamerkan bakat pelajar dalam seni Islam, pengetahuan akademik, dan kemahiran ko-kurikulum.

Video : credit to Ust Faizal , Media JHEAINS Pendalaman Atas

BULETIN MIISMAM

Program pertandingan peringkat kebangsaan yang dianjurkan khas untuk pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Agama (SMA) di seluruh Malaysia, termasuk Sekolah Agama Negeri (SAN), Sekolah Agama Rakyat (SAR), dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)

BULETIN MSSM

Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia telah ditubuhkan untuk menganjur dan melaksanakan program pembangunan sukan sekolah-sekolah di Malaysia. MSSM pula adalah badan induk yang mengelolakan semua program dan kejohanan sukan untuk pelajar sekolah (rendah dan menengah) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH AGAMA DI BAWAH PENDIDIKAN JHEAINS