PROGRAM PENTADBIRAN
TAHUN 2026

ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN
Setinggi-tinggi tahniah kepasa tiga pendidik SMAN Keningau, Puan Nurain, Puan Hashima dan Puan NoraHafidah atas kejayaan merangkul Anugerah Inovasi Pengurusan Kategori Sekolah Menengah, sebagai pengikhtirafan terhadap kreativiti dan usaha dalam memperkasa pengurusan pendidikan.

BENGKEL PEMBINAAN LAMAN WEB
Bengkel Pembinaan Laman Web Bertempat di Bilik Mesyuarat HQ JHEAINS Kota Kinabalu ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam membina dan mengurus laman web sekolah secara berkesan, di samping memperkasakan penyampaian maklumat, promosi sekolah, dan sokongan terhadap pengajaran dan pembelajaran digital bagi 6 Sekolah Menengah Agama Negeri dan 2 Sekolah Rendah Agama Integrasi

SAMBUTAN HARI RAYA SEKOLAH
Sambutan Hari Raya Sekolah diadakan bagi memeriahkan suasana Syawal, mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru, pelajar dan warga sekolah, serta memupuk semangat muhibah, kasih sayang dan perpaduan dalam kalangan seluruh warga sekolah.

100% KELULUSAN SPM
Sekalung tahniah kepada Pengetua SMAN Keningau, UStaz Mohd Auzani bin Daud atas kepimpinan cemerlang sehingga berjaya mencapai 100% kelulusan SPM, hasil usaha guru, pelajar dan seluruh warga sekolah.

SUMBANGAN AL-QURAN
Sumbangan al-Quran dari Yayasan Tun Rahah dengan kerjasama MUIS kepada para pelajar ini diharapkan dapat menjadi pemangkin untuk memperkukuh kecintaan mereka terhadap kitab suci al-Quran, di samping mendorong mereka supaya lebih kerap membaca, menghayati, dan mengamalkan isi kandungannya dalam kehidupan seharian. Sumbangan ini juga diharap dapat membentuk sahsiah pelajar yang berakhlak mulia, berdisiplin, serta menjadikan al-Quran sebagai panduan utama dalam menempuh kehidupan sebagai seorang Muslim.

RAKAMAN TAKBIR RAYA
Rakaman Takbir Raya diadakan bagi merakamkan alunan takbir dalam suasana Syawal sebagai lambang kebesaran Allah, di samping menghidupkan semangat sambutan Aidilfitri dalam kalangan warga sekolah. Ia juga boleh menjadi bahan siaran atau kenangan program yang menyemarakkan ukhuwah dan penghayatan Islam